Friday, December 24, 2010

Kegilaan Nafsu Remaja Sekarang Menandakan Kiamat sudah Dekat..

Assalamualaikum semua..
Entry kali ni susutan dari akhbar metro-

Langsung tak takut ibu bapa

“Tindakan dua anak gadis bawah umur itu melakukan perbuatan tidak senonoh bersama pasangan masing-masing dengan berkongsi bilik di dalam rumah menggambarkan mereka tidak takut langsung dengan ibu bapa mereka,” kata tokoh agama, Datuk Dr Haron Din.

Beliau yang juga Penaung Pusat perubatan Islam Darussyifa’ menyifatkan hal itu berpunca daripada longgarnya sistem pemantauan keluarga dan masyarakat, selain budaya kehidupan remaja kini yang semakin terdedah rangsangan hawa nafsu.


“Walaupun ibu bapa sudah memberi pendidikan agama, perkara ini tidak memberi kesan. Jika dalam rumah sendiri pun mereka berani untuk melakukan perbuatan terkutuk itu, kita tak dapat bayangkan apa yang mampu mereka lakukan sekiranya berada di luar rumah seperti di tempat sunyi atau kawasan melepak mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Haron berkata, perasaan malu seperti sudah terhakis dari dalam diri dua remaja terbabit sehingga boleh bertindak di luar batasan tanpa memikirkan kesan selepas itu.

untuk mengetahui kisah b\sebenar,klik link ini===>http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Duaberadikpelukkekasih/Article/index_html

p/s=ape nak jd ngan bdk2 zaman sekarang ni..umu baru 13 ngan 15..baru form 1 ngan form 3 tu..haish..nak salahkn ibu bapa pun xleh jgk,salah siapa skrang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...